Friday, October 21, 2011


SABUN SUSU BERAS 100% ASLI (HARGA RM10.00)

   - Membuat kulit anda lebih cerah,lembut dan tegang
- Buang segala kotoran,jerawat,parut,kulit berminyak dan jeragat
- Mencerahkan kawasan hitam seperti dibawah ketiak,siku,celah peha,leher dan dimana jua
- Sesuai untuk kulit yang bermasalah
- Membuatkan kulit anda merasa segar sepanjang hari
- Menghilangkan bau badan.
- Boleh pakai dimuka dan badan
- Sesuai utk lelaki & perempuan.

Sgt bagus untuk menanggalkan daki-daki pada bahagian kulit yang sering terlindung seperti :
1. Bawah ketiak
2. Bawah pelipat siku & lutut
3. Bahagian tengkuk & celah paha

Produk ini adalah produk penjagaan kesihatan kulit. Diperbuat daripada 100% susu beras semulajadi ekstrakan beras jasmine dengan kualiti terbaik yang diperkaya dengan vitamin dan nutrisi yang dapat mengurangkan cela, bintik hitam dan kedutan di muka. Menjadikan kulit lembut dan cerah serta segar dengan bauan semulajadi beras muda.

Arahan:Untuk digunakan dimuka dan dibadan sebagai pembersih harian, urut lembut untuk 2 – 3 minit dan bilas. Vitamin dan mineral dalam susu beras akan memelihara kulit dan menyihatkan kulit anda, menjadikan ia sentiasa lembap selepas setiap kali penggunaan.
Sabun Susu Beras untuk semua jenis kulit

Bahan Aktif:Extract susu beras, Vitamin B3, Vitamin E, minyak zaitun, Minyak Sawit, gliserin.

Wednesday, September 28, 2011

Sapa boleh tolong

Yeaaaa back again...Thanks to POKLEH he's doing a good job. Be ready will active again after this ...
(Luckily....:)

Saturday, March 12, 2011




Krisis Identiti

   Hari ini aku mengalami krisis identiti. Perlukah aku menjadi seorang yang hipokrit penuh kepuraan demi menjaga hati-hati insan-insan disekeliling atau berkata benar seperti yang ditekan dalam agama. Aku suka menjadi diri aku sebenar tetapi malangnya aku sentiasa disalahtafsir atas segala apa yang aku lakukan. Perlu ker kita hipokrit semata-mata nak jaga hati orang biarpun itu bukan kebenarannya. Perlu ker kita merungut dibelakang... tetapi memuji didepan...aku memang tak faham dunia ni...Susah untuk orang seperti aku memahaminya...Aku seorang yang sentiasa berpegang kepada kebenaran dan ikhlas....apa yang aku buat memang tulus dari hati tapi sering disalahtafsir. Tuhanku tunjukkan lah jalan yang benar pada aku...Sememangnya aku sudah berputus asa dengan dunia ini...tetapi aku kuatkan hati aku kerna tanggung jawab ku

Wednesday, March 9, 2011




HOLIDAY TIME YEAAAAAA

   Kalau lah aku sorang kanak-kanak itu yang akan aku katakan yeaaaaaaaaaaaa cuti sekolah pergi jalan. Malang nyer aku nie mak budak. Ikutkan hati tak nak pergi ke mana-mana dengan duit yang kurang ni...tapi aku kesian kat anakanda. Sekian lama menanti...tak pernah merungut...apatah lagi nak komplen. Jadi aku usahakan juga...aku tak macam pok leh boleh gie langkawi huhuhu...Harapan aku segalanya berjalan lancar.

Tuesday, February 22, 2011




Mulianya hati Anakanda

   Lately ni aku betul-betul rasa kekurangan duit...duit simpan memanglah ada tapi kalau tiap-tiap bulan aku kikis satu gunung pun boleh abis...aku pening tak tau nak catu celah mana lagi...tak jugak ada balance, tiap-tiap bulan 0 jer....Matlamat aku menulis kat sini bukanlah nak meminta simpati pasal ni. Cuma nak citer pasal kemuliaan hati anakanda... Bayangkan umur 9 tahun dah cuba nak cari duit untuk membantu bondanya. Sanggup kutip botol-botol, tin-tin kalau jumpa kat jalan, kotak-kotak di tong sampah untuk dijual,jual coklat kat sekolah ...terharu sungguh aku..tapi aku tak tergamak nak ambil duit dari kerja keras dia. Dia pernah cakap tak nak amik sesen pun duit dia dapat tu..Ini untuk kita buat belanja harian...Cuma aku tak tau apa patut aku buat...Nak buat bisnes perlukan modal...Modal tak ada ...ilmu di dada tak cukup...

Friday, February 18, 2011

KERJA GILA


   Semalam aku MC dan dah buat satu kerja gila...tapi sebelum tuuuuu aku nak habaq kebengangan aku ni tahap maksimum...Aku memang tension bila ada orang suka masuk campur kerja orang lain(kerja aku la) tanpa bincang dengan aku dulu...Fine...Ok kalau nak membantu...tapi sekurang-kurangnya bincang dulu. Lagipun nie task aku...sesuka hati jer...ntah la...aku tau aku nie orang kurang berilmu sekurang-kurang nya berbincang ...Aku memang tak paham la... Lupakan dulu yang tu...

Aku nak citer kerja giler yang dibuat semalam...Memang betul-betul giler sebab gie merempit emas... tak yah ler citer bape banyak nanti riak lak orang kata...tapi ini adalah satu percubaan pada aku untuk menambahkan pendapatan...untuk membesarkan anakanda tercinta....Terima kasih pada rakan yang membuka jalan...tapi aku tak berani citer apa-apa lagi sebab masih hijau dalam merempit emas nie. untung pun tak nampak lagi....TRY AND ERROR...

Friday, January 28, 2011

TENSION


   Hari ni tersangat tension...Mood nak buat kerja dah terbantut...Kalau orang lain mungkin happy la kalau jadi team leader tapi aku tak happy. 2 perkara yang menyebabkan aku tak nak jadi team leader.Petama aku tak ada talent nak jadi team leader dan kedua aku tak boleh nak komited sebab personal problem aku. Benda ni memang menyebabkan aku semak kepala otak. Tak apa layan dulu lirik lagu sedetik lebih by Anuar Zain memang menyentuh perasaan. Sangat suka lagu ni.....

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Sunday, January 23, 2011

Sejuknya Perut Bonda


   Hampir meniitis air mata aku ketika aku menjemput anakanda di Sekolah. Macam tak percaya anakanda sedang berdiri di atas pentas membacakan doa dan diaminkan oleh seluruh warga sekolah.
   Berulang kali sahabat aku yuslina menyatakan itu suara anakanda, pada mulanya aku tak percaya takkanlah sesedap itu suara anakanda... tapi bila diamati  ya... betul anakanda yang sedang baca doa... Mengalir airmata ibu ini melihatnya... Apa yang mampu ibu ini doakan semoga anakanda benar-benar jadi seorang hebat di dunia dan akhirat ...Insyaallah...