Thursday, November 11, 2010

Stress... Trauma

Teringat tentang tajuk motivasi 2 hari yang lepas tentang stress.

Antara punca stress adalah terlalu memikirkan tentang orang lain atau pun diri sendiri. Memang tak dinafikan tetapi rasanya antara solution yang dicadangkan iaitu maafkan diri sendiri atau maafkan orang lain adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.

Dalam hidup ini, rasanya sentiasa hidup dalam keadaan stress. Hidup dalam kekeliruan.
Senantiasa memikirkan adakah perbuatan yang dilakukan betul...Adakah aku telah menyebabkan orang rasa sakit hati dengan perkataan dan perbuatan aku. Adakah orang menganiaya aku disebabkan percakapan aku dan perbuatan aku yang aku sangkakan betul...Memang letih betul bila kita terpaksa fikirkan hati dan perasaan orang lain...anak, suami, orang tua etc... Tapi kalau tak fikir, hidup dengan kasi redah jer susah jugak...

Trauma ... itu lagi satu perkataan yang sinonim dengan aku. Trauma dengan apa yang berlaku... disebabkan trauma lah yang memaksa aku fikirkan hati dan perasaan orang lain atau diri sendiri. Tak mau terluka dianiaya atau melukakan yang melibatkan fizikal mental rohani zahir dan batin. Disebabkan trauma inilah aku tak nak cari nahas...tak sanggup menanggung risiko.

Dan manusia kalau dah kena rasuk sanggup buat apa saja... Tak dapat buat secara fizikal guna cara halus...Itu yang aku takutkan...

Serik hidup macam ni tapi apakan daya.. Itu sebab aku suka orang yang tidak hipokrit dalam hidup ... what ever yang tak kena bagi tau jer apa  yang tak kena...bertekak sampai kering anak tekak  pun tak pa. Tapi dalam dunia nie kebanyakan lebih banyak yang hipokrit ...pura-pura... tapi belakang tak payah cakapla...

Ntah... ari ni rasa nak merapu ...bosan dengan tak ada kerja satu hal... orang mintak tunjuk ajar kena bagi dapat pahala tapi karang kita pulak tak ada kerja periuk nasi nak kena jaga...sebab orang bolot kerja abis... sekarang ni kat sini dah nampak karas mengkaras.

Memang stress

1 comment: