Mulianya hati Anakanda
Lately ni aku betul-betul rasa kekurangan duit...duit simpan memanglah ada tapi kalau tiap-tiap bulan aku kikis satu gunung pun boleh abis...aku pening tak tau nak catu celah mana lagi...tak jugak ada balance, tiap-tiap bulan 0 jer....Matlamat aku menulis kat sini bukanlah nak meminta simpati pasal ni. Cuma nak citer pasal kemuliaan hati anakanda... Bayangkan umur 9 tahun dah cuba nak cari duit untuk membantu bondanya. Sanggup kutip botol-botol, tin-tin kalau jumpa kat jalan, kotak-kotak di tong sampah untuk dijual,jual coklat kat sekolah ...terharu sungguh aku..tapi aku tak tergamak nak ambil duit dari kerja keras dia. Dia pernah cakap tak nak amik sesen pun duit dia dapat tu..Ini untuk kita buat belanja harian...Cuma aku tak tau apa patut aku buat...Nak buat bisnes perlukan modal...Modal tak ada ...ilmu di dada tak cukup...
alhamdulillah...tahniah kerana berjaya mendidik anakanda puan dengan baik.
ReplyDeletesume pokleh sakit mate nak baca tulisan ini...
Dah tentunya bukan untuk orang-orang yang kurang sabar...hahaha... untuk menguji kesabaran anda...
ReplyDelete